20 Oktober 2016



بسم الله الرحمن الرحيم


Tuan/ Puan yang dirahmati Allah,

Selamat datang ke blog Masjid Bukit Rahman Putra.

Blog ini diwujudkan untuk membolehkan pengunjung-pengunjung mendapatkan maklumat mengenai perkembangan pembinaan masjid ini.

Untuk makluman masjid setingkat boleh memuatkan 2200 jemaah. Kos pembinaannya dianggar sebanyak RM5.3 juta dan ia dijangka siap pada pertengahan tahun 2020.

Selain daripada perkembangan pembinaan, blog ini juga untuk memberi maklumat kepada muslimin dan muslimat untuk menderma sebagai salah satu amal ibadat yang dianjurkan Islam terutamanya dalam membina rumah Allah, samada sebagai sumbangan individu atau syarikat ataupun pertubuhan.

Sekiranya tuan-puan memerlukan penerangan lanjut sila hubungi Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid melalui telefon atau emel yang dinyatakan di sini

Kami berharap tuan/puan yang mengunjungi blog ini akan dapat memanjangkannya kepada sanak saudara dan rakan-rakan. Semoga usaha kita mendapat keredhaan Allah  serta ganjaran pahala dan syurga. 


Jazakallahu khairan kathira.

"Barangsiapa mendirikan masjid kerana Allah s.w.t sekalipun hanya menyumbangkan sebesar sarang burung merpati atau lebih kecil dari itu, maka Allah SWT akan mendirikan rumah di syurga untuknya".

- Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban -


 Selalulah kunjungi blog ini untuk maklumat-maklumat terbaru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan