07 Februari 2010

Mukaddimah



بسم الله الرحمن الرحيم


Tuan/ Puan yang dirahmati Allah,


Selamat datang ke blog Masjid Bukit Rahman Putra.

Blog ini diwujudkan untuk membolehkan pengunjung-pengunjungnya mendapatkan maklumat mengenai perkembangan pembinaan masjid ini.

Ia juga adalah untuk memberi peluang kepada muslimin dan muslimat untuk menderma sebagai salah satu amal ibadat yang dianjurkan Islam terutamanya dalam membina rumah Allah, samada sebagai sumbangan individu atau syarikat ataupun pertubuhan.
Sekiranya tuan-puan memerlukan penerangan lanjut sila hubungi AJK Pembangunan Masjid melalui telefon atau emel yang dinyatakan di sini


Kami berharap tuan/puan yang mengunjungi blog ini akan dapat memanjangkannya kepada sanak saudara dan rakan-rakan. Semoga usaha kita mendapat keredhaan Allah  serta ganjaran pahala dan syurga. 


Jazakallahu khairan kathira.


"Barangsiapa mendirikan masjid kerana Allah s.w.t sekalipun hanya menyumbangkan sebesar sarang burung merpati atau lebih kecil dari itu, maka Allah s.w.t akan mendirikan rumah di syurga untuknya".
- Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban -


-----------------------------------------------------------------
Terima kasih kerana mengunjungi.  Anda Adalah Pelawat Yang Ke :

 
Selalulah kunjungi blog ini untuk maklumat-maklumat terbaru