Soalan Lazim/ FAQ

Sudahkah cadangan pembinaan masjid ini mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Selangor?
Cadangan pembinaan Masjid ini telah mendapat kelulusan dari JAIS pada 1 September 2009. Nombor kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ialah Bil. (104) dlm. JAI.SEL.BPM/01/203. Salinan surat dapat dilihat di sini.


Sudahkah cadangan pembinaan masjid ini mendapat kelulusan dari Majlis Bandaraya Shah Alam?
Kebenaran Merancang (KM) telah diperolehi daripada MBSA pada 30 Mei 2019. Buat masa ini perunding sedang menyediakan lukisan-lukisan untuk pengemukaan kelulusan Pelan Bangunan dan Pelan Infrastruktur.


Sudahkah kebenaran memungut derma diberikan?
Pada 30 Disember 2015 Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS telah memberi kelulusan memungut sumbangan wakaf untuk projek ini. Nombor rujukan Bil (5) dlm PWS/BK/ 001/09/-163. Salinan surat dapat dilihat di sini


Adakah derma mendapat pelepasan cukai dari LHDN?
Semua sumbangan dikecualikan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. No rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6 5621


Apakah status tapak masjid ini?

Tanah di mana masjid ini akan dibina telah diwartakan sebagai tapak masjid oleh Kerajaan Negeri Selangor.


Berapakah keluasan tapak masjid ini?
Luas tapak masjid ini ialah 3 ekar.


Berapakan keluasan masjid ini?
Masjid ini  akan dapat memuatkan seramai 2200 jemaah.


Apakah komponen-komponen masjid tersebut?
Komponen-komponen masjid yang dicadangkan adalah seperti berikut:-
Dewan solat dan ruang-ruang sokongan seperti bilik imam/bilal, ruang wuduk dan tandas dan bilik pengurusan jenazah.

Apakah bangunan-bangunan lain yang dicadangkan ?
Beberapa bangunan lain dirancang untuk dibina pada masa hadapan iaitu :

1. Bangunan kuliah yang juga mempunyai ruang pejabat masjid, ruang niaga dan kelas.2. Kuarters pegawai masjid dan  rumah musafir setinggi empat tingkat.
3. Menara azan


Berapakah anggaran kos pembinaan masjid ini?
Kos pembinaan Fasa 1 iaitu bangunan masjid dan fasiliti berkaitan  dianggarkan sebanyak RM8.5 juta.

Kos keseluruhan  termasuk pembangunan masa hadapan adalah dianggarkan RM 13.5 juta.



Berapakah jumlah dana yang telah terkumpul?
Dana terkumpul sekarang ialah RM3.784 juta (setakat 31 Ogos 2019).



Bilakah ia dirancang dibina?
Pembinaan Fasa 1 dirancang bermula pada awal 2020, dan dijangka siap pada akhir 2021.


Sudahkah rekabentuk masjid disediakan?
Rekabentuk boleh dilihat di sini.


Siapakah yang menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid?
AJK Pembinaan ini terdiri dari ahli kariah Masjid Bukit Rahman Putra. Senarainya ada di sini.