20 Oktober 2016



بسم الله الرحمن الرحيم


Tuan/ Puan yang dirahmati Allah,


Selamat datang ke blog Masjid Bukit Rahman Putra.

Blog ini diwujudkan untuk membolehkan pengunjung-pengunjung mendapatkan maklumat mengenai perkembangan pembinaan masjid ini.

Untuk makluman semua, kami berhasrat membina kompleks masjid ini di dalam dua peringkat.

Fasa 1 : Membina sebuah masjid setingkat yang boleh memuatkan 2200 jemaah beserta fasiliti-fasiliti yang berkaitan seperti bangunan wudhu dan tandas, pencawang TNB, tempat letak kenderaan dan infrastruktur.

Kos Pembinaan : RM 8.5 juta
Tarikh Mula      : Awal 2020
Tarikh Siap       : Akhir 2021

Fasa 2 : Membina bangunan-bangunan sokongan iaitu menara masjid, blok kuliah beserta pejabat dan kuarters pegawai masjid.

Jumlah keseluruhan pembangunan dianggarkan RM13.5 juta.

Selain daripada perkembangan pembinaan, blog ini juga untuk memberi maklumat kepada muslimin dan muslimat untuk menderma sebagai salah satu amal ibadat yang dianjurkan Islam terutamanya dalam membina rumah Allah, samada sebagai sumbangan individu atau syarikat ataupun pertubuhan.

Sekiranya tuan-puan memerlukan penerangan lanjut sila hubungi Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid melalui telefon atau emel yang dinyatakan di sini

Kami berharap tuan/puan yang mengunjungi blog ini akan dapat memanjangkannya kepada sanak saudara dan rakan-rakan. Semoga usaha kita mendapat keredhaan Allah  serta ganjaran pahala dan syurga. 
Jazakallahu khairan kathira.
























"Barangsiapa mendirikan masjid kerana Allah s.w.t sekalipun hanya menyumbangkan sebesar sarang burung merpati atau lebih kecil dari itu, maka Allah SWT akan mendirikan rumah di syurga untuknya".

- Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban -

- Kemaskini pada 6 Mei 2019M/01 Ramadhan 1440H

 Selalulah kunjungi blog ini untuk maklumat-maklumat terbaru